Saturday, November 12, 2011

House of Nasi Kerabu : Sedap dan Terbaekkkk!!

N3 kali ni tentang tempat makan best yg sy kunjungi beberapa minggu lepas. Pada mulanya, kami tidak bercadang nak makan nasi kerabu pn..just pusing2 area Gombak Prima tu sbb kami memang tau ada byk gak restoran best2 kt situ. Antaranya; Rodeo Steak, Nasi Ayam Gemas, Ani Sup Utara, Ikan Bakar Sekinchan, Ayam Penyet ...(ape ntah nama kedai tu..x ingat daa, Ice Room, Tutti Frutti (baru bukak), dan banyak lagi..kedai pun cantik2 semua..
Masa kami pusing2 tu, tiba2 baru terperasan ada satu kedai yg nampak meriah dgn kehadiran ramainya pengunjung dan agak cantik juga..(definisi cantik bg saya di sini ialah susun atur meja/ bangku dan dekorasi dalaman serta kombinasi lampu yg menarik).

Owh...nama kedai itu ialah House of Nasi Kerabu..


Kebetulan ketika kami sampai tu, ngam2 lunch hour ari Ahad..ramai nyer lah orang dek non! Tapi betul2 kt sebelah tu kedai makan masakan indonesia. Kalau nk dibandingkan dekorasi kedua2 restoran ni, sama cantik (pd sy lah..) tp kedai tu lengang..cuma ada beberapa orang pekerja yg menanti pelanggan di hadapan kedai.

Terselit rasa syukur dan bangga juga sbb makanan tempatan tetap jadi pilihan rakyat Malaysia. Siapa yg kata market perniagaan makanan Malaysia ni dah dikuasai oleh makanan orang seberang mmg perlu buat kajian semula.

tengahari itu, sy dan suami memesan Nasi Kerabu Nara Istimewa..dgn tambahan solok lada..(sy baru tau sedapnyer solok lada pd hari tersebut!) ngeh ngeh ngeh.. Harga pun berpatutan...


Sy order air tembikai..slurppppp!!!


En. Asben order teh tarik..gulpppp!!


Tengok tu...sgt menyelerakan! Budu nye mmg terbaekkkkk!!



yummmyyy!!!!!!!!!! Jom makannnn!! Ngappppp!!


Last but not least, restoran ni mempunyai tahap kebersihan yang baik. nampak tak tu kt belakang ada signboard 'A'..jadi, xperlu ragu2 tentang itu ya!


Selamat menjamu selera..kalu mahu mencuba, ini alamatnya;


Till we meet again!InsyaAllah..

Saturday, October 8, 2011

Antara Maruah dan Amanah

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Beberapa minggu yg baru saja berlalu ini amat meletihkan. Sy bukan letih dgn bebanan kerja. Letih dengan kepalsuan dan sikap keji negatif manusia di sekeliling saya.

Makin kita baik, makin sedap mereka pijak2 kepala kita. Banyak tentang kita yang mereka x suka. Ohh, kau ingat kau bagus ker??? Huhhh, politik kotor ada di mana-mana! Hinggakan ada yang sanggup ketepikan maruah untuk dapatkan pengaruh dan kedudukan. Kesian betul. Zahirnya memang kau kelihatan selesa. Tapi, sy yakin, perbuatan pijak org lain untuk berada di atas tu akan jadi sebab kepada banyak kegagalan kau di masa hadapan.

Saya teringat kata-kata seorang teman di status fesbuknya yang berbunyi;

"..biar bertatih dengan kaki sendiri daripada bersayap emas milik orang lain..mendongak tidak sombong, mengalah tidak kalah!"


Saya sangat bersetuju dengan kata2 itu..saya lebih rela tersadong, tersembam dengan kaki sendiri drpd terbang tinggi ke langit dengan menggunakan org lain dan hidup senang di atas penderitaan dan penat lelah orang lain.

Bila berada di tengah-tengah, antara maruah dan amanah, sy sekali-kali takkan menggadaikan kedua-duanya. Jika terpaksa, saya rela menarik diri..berundur.

Mungkin ada yang lebih baik untuk saya di luar sana. Rezeki di tangan Allah. Cukup lah Allah sebagai Pelindungku.

Wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

Maafkan saya.

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini sy rasa diri sendiri terlalu beremosi. Sedih. Mudah saja air mata ini menitis laju-laju.

Tanpa sedar rupa-rupanya hati sang suami terluka oleh kata2 yg x sepatutnya diucapkan oleh seorang isteri. Sy rebah. Sy berteleku. Cuba menyelami dalam diri sendiri mencari semula jati diri yg dulu pernah bertapak kukuh dalam sanubari, mahu jadi isteri yang sentiasa membahagiakan suami. Ohh..betapa sy bukan saja telah mengingkari prinsip sendiri malah lebih teruk dr itu..

Jika redha Allah ke atas seorang wanita yang bergelar isteri harus didahului oleh redha suami, di mana lah saya tercampak andai suami enggan memaafkan. Duhai suami, ampuni lah isterimu ini. Sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri ini..

Mujur lekas hatimu lembut. Mujur iman mendasari pertimbangan. Kerana si syaitan laknatullah sentiasa bersegera membakar hati dengan amarah. Nauzubillah!

Kemaafan dendam yang terindah.

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 1432H

Salam 7 Syawal 1432H,

Seminggu sudah berhari raya..Aidilfitri kali ini memang berlainan sekali berbanding tahun sebelum2 nie..Riang ria raya 2011 saya bersama En. Asben dan keluarga mertua membawa saya ke negeri pantai timur, Terengganu. Sekian lama, saya hanya tahu raya di Tebuk Haji Dollah (kampung mak) atau di Gombak sahaja. Tak pernah terfikir pun suatu masa saya akan menyambut Syawal tanpa mak dan abah serta adik beradik. Ditakdirkan dengan izin Tuhan siapa sangka begini kesahnya.

Al-maklum saja lah...bila sudah berumahtangga, haruslah suami yg jadi keutamaan kan..Memandangkan ini tahun pertama, kami berbincang dan sepakat tahun pertama ni dimulakan raya bersama keluarga En. Asben. My Mom-in-law pulak nak balik beraya di kampung beliau di Jerteh. Saya ni jenis tak kisah..ape pon boleh! Walaupon hakikatnya saya sangat sedih berjauhan dari keluarga di hari raya!(sob..sob..sob!!menangis dalam hati..)

Namun begitu, tidak dinafikan saya enjoy raya di sana. Lebih-lebih lagi bersama En. Asben tersayang. Berganda2 seronok saya. Kami bertolak ke Batu Gajah (rumah mertua saya) pada hari Ahad bersama adik ipar saya, Na. Bertolak dari Gombak pukul 0400 pm. Perjalanan merentasi PLUS highway lancar dan selamat tiba di bandar metropolitan Batu Gajah jam 0725 pm. Sesampainya kami terus berbuka. Alhamdulillah.

Keesokan harinya, kami bertolak ke Jerteh jam 1200 tengahari. Melalui Lebuhraya Gerik. Menariknya perjalanan kami akan merentasi Tasik Banding. Cantik betul panorama di situ. Tapi kami terlepas susur ke kawasan riadah tasik tersebut.

Seterusnya, lagi keindahan alam kami saksikan di puncak Titiwangsa. Haa..di sini kami sempat berhenti seketika menikmati udara segar pergunungan banjaran tulang belakang semenanjung Malaysia nih.

En. Asben, saya dan my BIL. Thanks to my SIL for taking tis pic

Ahhaaa...lagi pose my BIL..jangan tak tau, si Aiman ni suka bergambar.. Jadi kami layankan aje..haa tengok tu,


ni lagi..



Dan ini pula Wa..my SIL..


Sejuknyer udara kat situ..kata puncak kan, tentu lah sejuk!

Malam raya pertama kami bakar sate di rumah Pak Muda,ngeh..ngeh..ngeh...


Antara indiividu lain yg berusaha keras memastikan semua dapat makan sate yang siap dibakar ialah....



Kesempatan cuti raya bukan semata-mata beraya saja. Sempat juga kami bersiar-siar selain kunjung mengunjung saudara mara. Haaa..mcm jalan-jalan bulan madu pula. Heheeee. Tapi itu saya ceritakan di entry berikutnya ya..
To be continued...

Friday, August 12, 2011

Ada kualiti ke??

12 Ramadhan 1432H.


Masa : 6.00 petang
Lokasi : Bazar Ramadhan di Malaysia


" Astagaa..kecur air liur aku nengok ice blended tu Usop!" kata Usin sambil matanya terjegil menyaksikan titisan-titisan kondensasi di cup yang tertera 'Ice Blended Yummy Strawberry'. Tangannya pantas menarik sahabat baik-sekepalanya bernama Usop. Usop pula leka memejam mata sambil menarik nafas dalam-dalam menikmati aroma ayam bakar madu Long Jenab.

"ish kau ni..cuba ko tarik nafas dalam-dalam macam aku buat ni," kata Usop. Usin pun lekas-lekas meniru gaya Usop.

"Walaweyh!!mesti sedap hingga menjilat jari ni. Gerangan apakah yang berbau sebegini hebat wahai Usop?" teriak Usin dengan nada riang tidak terbatas.

"Hahahahahaha" kedua mereka ketawa senang hati.

"Aku tak sabar ni nak sopping juadah berbuka untuk hari ini, Usop!"

"Aku pun sama!" Jawab Usop.

Maka berjalanlah mereka dari satu gerai ke satu gerai. Macam-macam jenis makanan dijual di situ. Yang manis ada. Yang pedas ada. Yang sejukkkk pun ada. Aisey, macam-macam ada! Meleleh-leleh lah air liur si dua sahabat ni. Selesai pusing satu bazar, masing-masing penuh dengan beg plastik di kedua-dua belah tangan. Shopping sakan youuu!

Alhamdulillah..kita sudah memasuki fasa pertengahan Ramadhan. Semoga ibadah puasa kita diterima olehNya..Ehhhh...kejap. Tapi berkualitikah puasa kita ni? Ermm... - suatu persoalan yang perlu difikirkan apakah kemungkinan jawapannya.

Usin dan Usop (bukan nama sebenar) di atas ni mungkin kebanyakan kita sebenarnya. Ghairah benar nak berbuka. Betol. Dua nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya yang berpuasa adalah berbuka dan beraya. Tapi, sebelum kita layak beroleh nikmat itu, ayuh sama-sama kita muhasabah diri. Adakah puasa kita benar-benar mencapai objektif puasa itu sendiri??

Ayuh kita bermuhasabah~


Sunday, August 7, 2011

Tanda-tanda khusnul khatimah.

As salam,

2 hari lepas, seorang teman kehilangan ayahanda tercinta. Hari Jumaat bersamaan 5 Ramadhan 1432H. Seketika sy sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Pencipta sekalian makhluk, Al-Khaliq.

Saya berjiwa sesitif. Mudah tersentuh. Dan mudah juga hati ini disapa sayu. Bagai menjiwai emosinya kala menerima perkhabaran duka itu. Ohh, siapalah yang x sayang ayah..Insan itulah yang mendidik dan membesarkan kita. Diberinya kasih sayang yang tiada ternilai dengan apa pun jua. Bak kata pujangga - Kasihnya ibu sanggup berkorban, kasihnya ayah tiada sempadan. Sesungguhnya siapalah kita tanpa 2 insan berjasa ini.

Namun,tidak semestinya pemergiaan itu diratapi. Ya, benar. Perpisahan itu amat menyakitkan. Namun, andai perginya dia sebagai mujahid, relakan lah dia. Andai perginya dia sebagai syuhada', berbahagia lah!

Kebanyakan kita tentu biasa mengamalkan doa ini;

Allahummakhtim lanaa bil islaam, wakhtim lanaa bil imaan, wakhtim lanaa bihusnil khootimah

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Maka,ketahui lah juga bahawa terdapat juga tanda-tanda husnul khotimah itu.

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (Radang Paru-paru). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah - cthnya menjaga keamanan negara. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Jika terlihat salah satu pada jenazah daripada apa yang tersenarai di atas ini bukan lah pasti dia beroleh syurga (Tiada siapa yang dapat memastikannya selain Allah). Namun, berbaik sangka lah kita. Beruntunglah orang yang berjaya memperoleh khusnul khotimah ini. Sesungguhnya itu petanda baik bagi kehidupan abadi di akhirat nanti. Wallahu'alam.

Oleh itu,ang harus difikirkan tika mendengar khabar duka ini ialah, bagaimanakah kita nanti. Tidak dipersoalkan di akhirat kelak tentang bagaimana kita bermula. Tetapi bagaimana kita berakhir.

Dunia hanya pinjaman. Tiba masa kita akan dipanggil juga. Persiapkan amalan agar setiap kita mendapat pengakhiran yang baik..InsyaAllah.

P/s: Orang yang syahid boleh memberi syafaat kepada orang-orang yang disayanginya- Riwayat Tirmidzi, Hakim yang dishahihkan oleh Baihaqi.



Saturday, August 6, 2011

Selamat hari lahir,Sayangku.

Hari adalah hari lahir En. Asbenku. Tiada hadiah yg hebat yg dpt sy berikan meelaenkan kasih sayang dan kesetiaan yg tidak ber belah bg hanya untukmu. Hari ni genap 9 bulan mahligai kita. Tiada yg kurang drpdmu. Sememangnya sy lah yg bertuah krn memiliki kasih sayang kamu. Sy berdoa semoga cinta kita berkekalan sehingga ke akhir hayat kita.

Saya nak tuju lagu tapi x pandai nk hapload. So, malam ni saya nyanyi live je lah utk kamu..semoga kamu suka!

Malam ni yea.. ;-)

I Love You! Aishiteru!

Friday, August 5, 2011

Sahurrr..=)

Had just done cooking for sahur. Menu ringkas saja hari ini. Maklum saja lah, makan berdua kan ..Tidak seperti berbuka, nafsu 'mencekik' luar biasa tentu saja dilayan di bazar-bazar Ramadhan. Menjamu mata terlebih dahulu melihat pelbagai juadah yang dijual sebelum menjamu selera setelah berkumandangnya azan maghrib. Kalau boleh semuanya mahu dibeli. Tak cukup-cukup rasanya. Tapi bila berbuka, ada yang tak dijamah dek kekenyangan sudaaa..ish..ish..ish..membazir sungguh!

Juadah bersahur hari ini ialah ayam goreng yang digoreng rangup (nyum nyummm!!) dan telur dadar yang dimasak gebu ala2 telur dadar yang dimasak oleh sheila rusly dalam iklan mayonis tu..ewahh! hehehe..(sila abaikan keperasanan saya yea)

Mari kita sahurrr~~

Sunday, July 31, 2011

Puasa pertama dengan Si Dia.

Salam Ramadhan!

Esok, 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011, akan bermula lah ibadah puasa seluruh umat Islam di seluruh dunia. Tidak terkecuali lah juga diri ini. Tahun ini merupakan tahun pertama saya menjalani ibadah ini bersama insan istimewa bernama suami. Iya, saya teruja.. Melihatkan keterujaanya yang dikontrol2nya juga membuat saya bertambah teruja!Ececeh..En. Asben memang selalu begitu. Suka kontrol hepi, kontrol macho, kontrol malu..semua under kontrol!Eh, tapi perlu diingat yea, saya ni bukanlah seorang Queen kontrol..jangan uols salah paham pulak yea..:)

Dalam pada memikirkan apekah menu yg sesuai utk dijamah di keheningan pagi esok hari utk sahur, En. Asben menyatakan seleranya terhadap ikan masin. Gud idea! teransang juga saraf2 selera di lidah dan tekak untuk bersahur bila terkenangkan si ikan masin sebagai pembuka selera...wahhh!!(kita tunggu esok samada terbuka ke tak yeaa.Heheheehe)

Walau bagaimanapun, saya da ada back up plan. Tempoyak buatan bonda terchenta tersedia di dalam peti sejuk. Telur dadar ngn tempoyak+sambal pun boleh menjilat jari tau kalau kena gayanya..hurmmmmm..=)

Oke, kite tutup citer menu sahur.

Nak share ngan uols, semalam En. Asben saya buat surprise kat saya. Beliau belikan saya perfume yang sangat wangi. Damn sweeeettt!!Alahaiii...cair hati saya dibuatnya. Saya pulak, bila dapat hadiah, senyum sampi ke telinga lah satu hari! Tenkiu Babyy...suka sangat!!En. Asben kata," Saya suka isteri saya wangi2"...ngeeeee~~~ I'm flying without wingss~~~

Smile....keep smilimg...=)

Baiklah, sekian dulu yea.. tata..titi..tutuu...

Thursday, July 28, 2011

Cukup untuk Bahagia

Asalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,



Situasi 1

"Duit tak pernahnya cukup...bulan ni baru nk merasa dapat bonus lebih sempena nk Ramadhan ni, masin basuh la pulak buat hal..bulan lepas, sewa lori angkut barang pindah ke rumah baru..aiii..kalau tiap2 bulan macam ni botak laa kepala den!haihh!!" rungut SiPolan dalam hati.

E'eh..baik-baik jaga hati tu..Jangan dibiasakan ia merungut. Esok-esok ia akan mengeluh pula. Kemudian berprasangka. Seterusnya benci segala-gala. Bila benci dah merajai hati, dah tentulah perkara-perkara yang negatif (-ve) menyelubungi diri. Wah, hebat betul impak jika hati tak dijaga dengan baik..

Hati yang baik membentuk akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji membentuk peribadi yang mulia.

Berbalik kepada rasa 'CUKUP' dan syukur, teringat saya akan kata-kata ini "Dunia ibarat air laut..Diminum hanya menambah haus". Dah dapat nak lagi..nak lagi..lagi..dan lagi...Kerana itu, marilah kita mendidik hati agar mensyukuri nikmat yang diberi. Sesungguhnya, kita semua yang sempurna fizikal dan mental ni sudah menerima lebih dari cukup. Milik Allah jua segala puja dan puji..


Kita selalu menyangka bila gaji bertambah, eh, dapat la simpan lebih atau ada lebih la untuk sopping segala bagai. Tapi, bila banyak pun x cukup..itu mungkin petanda keberkatannya sudah hilang!

Tahukah anda, bahawasanya dalam rezeki kita ni ada bahagian untuk orang lain?? Bila berlaku situasi di mana kita rasa 'banyak pun x cukup', ini mungkin kerana kita dah makan rezeki yang sepatutnya jadi hak org lain..mungkin hak asnaf. mungkin hak anak yatim. mungkin hak ibu bapa kita. mungkin hak kaum keluarga kita..dan banyak lagi kemungkinan yang lain..

Kalau ada yang lupa, mari kita sama-sama saling mengingatkan. Memberi itu lebih baik dari menerima. Dan bila memberi pula, ”hulurkan tangan kanan, sorokkan tangan kiri”..maksudnya, kalau boleh hanya kita saja yang tau apa yang kita beri tanpa diketahui oleh si penerima.

Percayalah, zakat dan sedekah itu mampu meluas dan melapangkan rezeki.
Percayalah, setiap sesuatu itu telah tertulis rezeki untuknya sejak azali lagi.
Percayalah, dengan bersyukur hati kita akan tenang tiada berkeluh kesah lagi.

Buat hati yang resah boleh amalkan ayat ini:

Bacaan Doa Mohon Terhindar Dari Belenggu Hutang
“Allaahumma innii a’uuzubika minal hammi wal hazani wa a’uuzubika minal ‘ajzi wal kasali wa a’uuzubika minal jubni wal bukhli, wa a’uuzubika min galabatid daini wa qahrir rijaal.”
Maksud Doa Mohon Terhindar Dari Belenggu Hutang
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan rasa malas. Aku berlindung kepada-Mu dari rasa takut (pengecut) dan kikir. Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan utang dan cengkeraman orang-orang yang berkuasa. (H.R. Abu Daud)”

P/s : Semoga bermanfaat buat semua.

Thursday, July 21, 2011

Berjalan Tanpa Henti

As salamualaikum w.b.t,

Ter-emosi melayan lirik yang mengusik diri di situasi ini dalam keadaan begini..Ayuh hayati bait2 lirik ini..

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah

Hari demi hari berjalan tanpa henti

Yakinku ada sinar yang menanti

Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah

Jika kau rebah jika kau kalah

Bersaksilah, rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan

Terima bagai penghapus dosa

Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa

Dari rahmat Yang Maha Esa

Jangan jangan kita lupa Ujian lumrahnya dunia

-Devotees

Yaa..janganlah sekali2 handaknya hati yang rapuh ini berputus asa...Semoga kita semua dikurniakan kekuatan olehNya dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba...

Wednesday, July 6, 2011

Stress dan DVD

...Ada stress yang ku rasakan sejak akhir-akhir ini..tuntutan kerja yang menggunung kadang2 bisa buat aku terduduk. Ada ketika juga aku merasakan aku seperti dianaktirikan di opis tu. Aku sukar berkomunikasi atau mereka yang sengaja mengasingkan aku dari setiap diskusi. Entah lah. Kalau difikir2 masalah di opis takde kesudahannya juga..hmmm..mujur ada belog tmpt aku mencoret rasa..

I left my office at about 6 pm. Arrived at home around 6.50 pm. Tu kalau jalan clear x jam..kalau jam, mau pukul 8 baru dapat jengah rumah..adoiii..letih mak!!betol lah kata org "home sweet home"..hehe. bila sampai je rumah, hati jd berbunga..rindu kt housemate sebenarnya..huhuuu (statement xleh blahh) heheee..

Rutin setiap hari aku bila sampai je rumah, on tv tgk slot akasia tv3 ni..semenjak nora elena abes ni dah kurang dah ghairah menonton slot ni..ganti ngn cite Dewa Cinta..ditambah plak ngn konflik ikram dinzly dan fasha sandha, bertambah x bersemangat aku menontonnya..huhu..sorryy..

eh, lupa nk story, kt umah aku ni takde siaran berbayar estrow. Sebab tu pusing2 tgk siaran yang ADO jooo..xpun, tgk dvd..haaa,ni lagi satu hobi baru aku iaitu nonton dvd..gemar betul ngn cite epik..ala2 perang zaman dolu2..layanzzz..antara yang aku gemar ialah citer Prince of Persia..suka tgk baju perang dorg..nampak kachak!!(ape ke aneh benar selera aku nih?huhu) uols,sila abaikan ye..

uhhh..nampaknya aku da semakin menjadi2 mkn kerepek sampai merepek..oke lah, mintak diri dulu..

daa~~

Tuesday, July 5, 2011

Sakit dan amarah

As salam,

MC arini..kondisi kesihatan tidak mengizinkan aku bertugas..sakitnya seluruh badan..

Bila sakit ni mudah je nk rasa marah..entah setan ape yang berdendang dalam urat darah aku ni..Astagfirullahal 'Azim..amarah tu kan syaitan. bila rasa marah, itu petanda adanya syaitan..a very good indicator tapi kita selalu tend to ignore it.suka ikutkan hati yang dah dirasuk syaitan sebenarnya. Nauzubillah.

Kalau amarah naik ke kepala, sepatutnya kena byk istigfar, mengucap..manusia yang paling kuat bukanlah manusia yang dapat tundukkan semua orang,tapi yang dapat tundukkan amarahnya sendiri

Dan, salah satu cara menundukkan amarah yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah dengan berwuduk...

semoga n3 kali ini ada manfaatnya buat yang sudi membaca..selamat beramal~~

Belog dan mesin jahit

As salam..

Aku teruja berbelog..satu per satu perkara baru aku belajar..blog is like my baby now..huhu.biar lah kalau orang nak kata aku ni dah terlambat berarus perdana bersama belog. Yang penting aku gembira..sepertinya aku melihat pemandangan dari suatu tempat yang tinggi..boleh nampak macam2..boleh suarakan apa saja..dan,boleh selami perasaan individu lain melalui penulisan mereka di belog juga..

Seronok blogwalking..menjenguk ke blog org..jadi silence reader..ada yang penuh humor, ada yang santai2 meluahkan rasa..ada gak yang menghidangkan santapan rohani buat yg tercari2 motivasi diri dan jati diri..haiii,macam2 ada~ =)

Last week balik Gombak..amek mesin jahit mak..keinginan nak menjahit terasa2 dalam hati ni..harap2 ini petanda baik untuk terus meransang diri berkreativiti menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan famili..

Ingat nk upload gambo mesin jahit tu..tp lupe laks nk transfer dari kamera..huhu..jadi, aku sembang je dulu..minggu depan br hapload..

minggu depan yea..

Monday, July 4, 2011

Belog dan mesin jahit

As salam..

Aku teruja berbelog..satu per satu perkara baru aku belajar..blog is like my baby now..huhu.biar lah kalau orang nak kata aku ni dah terlambat berarus perdana bersama belog. Yang penting aku gembira..sepertinya aku melihat pemandangan dari suatu tempat yang tinggi..boleh nampak macam2..boleh suarakan apa saja..dan,boleh selami perasaan individu lain melalui penulisan mereka di belog juga..

Seronok blogwalking..menjenguk ke blog org..jadi silence reader..ada yang penuh humor, ada yang santai2 meluahkan rasa..ada gak yang menghidangkan santapan rohani buat yg tercari2 motivasi diri dan jati diri..haiii,macam2 ada~ =)

Last week balik Gombak..amek mesin jahit mak..keinginan nak menjahit terasa2 dalam hati ni..harap2 ini petanda baik untuk terus meransang diri berkreativiti menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan famili..

Ingat nk upload gambo mesin jahit tu..tp lupe laks nk transfer dari kamera..huhu..jadi, aku sembang je dulu..minggu depan br hapload..

minggu depan yea..

Saturday, July 2, 2011

Azreen is getting married..

Morning...=)

Today I'll be attending wedding a sweetest friend of mine. Namanya Azreen Hamiza. Di Kem Wardieburn. She's getting married in any moment by now. Eh, ntah2 dah nikah kot semalam...hehe. Kali terakhir jumpa die kat Shah Alam..itupun secara x sengaja coz masa tu konvo adik aku n accidentally they were classmate. What a small world kan..hurmmm..

She was one of my very gud friend tym skolah dulu. Years back when we were in form 2. But we're separated when she had to went abroad coz her father got transfered to Australia. Weh, tym tu dia la kawan baik aku yang baik nya tahap aku sayang..seriuss!!kitorang punya minat yang sama iaitu suka dengar radio..tym tu radio yg hottt ialahhhhh stesen.....Radio...Radi0 Muzik..(sila baca sambil nyanyikn lagu iklan stesen tu..hikhik) Pergi skolah pn bersemangat coz ada kawan baik..cikgu2 pn tau kitorg rapat..she's smart girl..aku...(dilarang buka pekung sndiri uols..k)

Memori dengannya terlalu banyak.she loved light blue. Baby blue..katanya warna biru itu melambangkan jiwanya yg suka kelembutan..I loved light green..pada aku hijau itu melambangkan ketenangan..kali pertama aku g klcc dengan dia lah..blaja naik bas putra,tym tu tambang 50 cent je. naik putra lrt g klcc..hangoutt...tgk movie..hihiii and FYI, tym tu kt taman klcc tu x byk mat2 indon+bangla+etc lepak2 mcm skrg..la niii...euwwwww!hahahha!

The interesting part when she came cross my mind is, our puppy love!muahaha!klakaklakaklaka! she had a 'crush'.so did i. hihii. we loved to share our feelings towrds these guys. *gataiiii* tp we're just kept it to ourselve until one day, she got her guy. S***** A**** namanya..kuikuikui..bayang kan, we're just form 2 at that tym..da pandai suka kt org..ish3...tp malunya kalu org yg kita suka tu tau yg kita suka kat dia..

Yang klakanya, bila mamat2 tu lalu dekat ngn kitorg mst kitorg rasa berdebar2 sgt..jantung dub dap dub dap..pastu muka merah tersengih2 sampai ke telingaa..(ngeeeee!) ms tu istilah 'cair' tgh hot digunakan...cair wehhhhh bila kitorg jumpa crush kitorggg..hahhahahhaaa!!crush Azreen satu kelas ngn kitorg..crush aku plak laen kelas..tgk kt tingkap pn sukaa..masyaAllah..nasib baik kitorg ni boleh la dikategori gadis pemalu la jugak coz walopon suka,xdela tunjuk sgt yg kitorg suka kt depa..control ayu lah kononnya!haha

Azreen..azreen..ko ingat x lagi kesah cinta monyet ni??kalo ko baca ni aku sure mesti ko ngah tersengihh ni kan..ko mmg kuat tersengih pastu jangkit kt aku.sampai naek kebas muka ketawa bila kita berdua..

Anyway, for my bestest buddy ever, (I know, I'll not find anyone else like u..) I wish u a happy marriage for the entire life..have a long-blessed-life..and have a baby soooonnnnn!Congratz and I love u!

\(^,^)/

Cita & Ilham

As salam..

Today, like owez, i got lots of dreams flooded in my mind. Terasa macam nak belajar menjahit..teringin nk menjahit langsir sebenarnya. Tapi aku tau aku x mesra dengan jarum dan benang..(T,T) berpegang pada motto 'Thousand years journey begin with a single step', aku cuba mencari keserasian dengan keluarga jarum dan benang..

Hehe...xpelah ye, bia aku berangan dulu..nanti bila nk start, aku post lagi..=)

Tata~~

Tuesday, January 18, 2011

Rindu rupanya.

Hari ni aku kembali bertugas selepas bercuti atau lebih tepat lagi direhatkan selama seminggu. Ekceli, mcm2 perancangan dah aku aturkan sempena cuti panjang tersebut tetapi, semuanya hanya tinggal perancangan semata mata. Perancangan DIA mengatasi semua.At first, aku plan nk g terengganu. Cousin aku kawen. But then, my hubby x dapek cuti. Kena kerja on tat weekend, so sume cancel!!!However,tat's not a big deal either b'coz i managed to spend a very good tym with my hubby!

Arini, kat opis like always..the peoples,the tastes,the air..aku rindu rupanyaa!