Thursday, July 28, 2011

Cukup untuk Bahagia

Asalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,



Situasi 1

"Duit tak pernahnya cukup...bulan ni baru nk merasa dapat bonus lebih sempena nk Ramadhan ni, masin basuh la pulak buat hal..bulan lepas, sewa lori angkut barang pindah ke rumah baru..aiii..kalau tiap2 bulan macam ni botak laa kepala den!haihh!!" rungut SiPolan dalam hati.

E'eh..baik-baik jaga hati tu..Jangan dibiasakan ia merungut. Esok-esok ia akan mengeluh pula. Kemudian berprasangka. Seterusnya benci segala-gala. Bila benci dah merajai hati, dah tentulah perkara-perkara yang negatif (-ve) menyelubungi diri. Wah, hebat betul impak jika hati tak dijaga dengan baik..

Hati yang baik membentuk akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji membentuk peribadi yang mulia.

Berbalik kepada rasa 'CUKUP' dan syukur, teringat saya akan kata-kata ini "Dunia ibarat air laut..Diminum hanya menambah haus". Dah dapat nak lagi..nak lagi..lagi..dan lagi...Kerana itu, marilah kita mendidik hati agar mensyukuri nikmat yang diberi. Sesungguhnya, kita semua yang sempurna fizikal dan mental ni sudah menerima lebih dari cukup. Milik Allah jua segala puja dan puji..


Kita selalu menyangka bila gaji bertambah, eh, dapat la simpan lebih atau ada lebih la untuk sopping segala bagai. Tapi, bila banyak pun x cukup..itu mungkin petanda keberkatannya sudah hilang!

Tahukah anda, bahawasanya dalam rezeki kita ni ada bahagian untuk orang lain?? Bila berlaku situasi di mana kita rasa 'banyak pun x cukup', ini mungkin kerana kita dah makan rezeki yang sepatutnya jadi hak org lain..mungkin hak asnaf. mungkin hak anak yatim. mungkin hak ibu bapa kita. mungkin hak kaum keluarga kita..dan banyak lagi kemungkinan yang lain..

Kalau ada yang lupa, mari kita sama-sama saling mengingatkan. Memberi itu lebih baik dari menerima. Dan bila memberi pula, ”hulurkan tangan kanan, sorokkan tangan kiri”..maksudnya, kalau boleh hanya kita saja yang tau apa yang kita beri tanpa diketahui oleh si penerima.

Percayalah, zakat dan sedekah itu mampu meluas dan melapangkan rezeki.
Percayalah, setiap sesuatu itu telah tertulis rezeki untuknya sejak azali lagi.
Percayalah, dengan bersyukur hati kita akan tenang tiada berkeluh kesah lagi.

Buat hati yang resah boleh amalkan ayat ini:

Bacaan Doa Mohon Terhindar Dari Belenggu Hutang
“Allaahumma innii a’uuzubika minal hammi wal hazani wa a’uuzubika minal ‘ajzi wal kasali wa a’uuzubika minal jubni wal bukhli, wa a’uuzubika min galabatid daini wa qahrir rijaal.”
Maksud Doa Mohon Terhindar Dari Belenggu Hutang
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan rasa malas. Aku berlindung kepada-Mu dari rasa takut (pengecut) dan kikir. Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan utang dan cengkeraman orang-orang yang berkuasa. (H.R. Abu Daud)”

P/s : Semoga bermanfaat buat semua.

No comments:

Post a Comment