Saturday, February 18, 2012

Flora Cintaku pun Berbunga

Assalamualaikum...

Oh, saya nak cerita tentang keindahan yang sedang saya rasai kini. Alhamdulillah..syukur dipanjatkan ke hadrat Allah di atas rezeki yang dilimpahkan ini. Saat-saat yang dulu pernah saya cuba bayangkan tapi x tercapai dek akal..

7 Feb, cuti umum Thaipusam tu, saya dan En. Asben dimaklumkan tentang kehamilan pertama saya. Subhanallah! Gembiranya hati bersyukur padaNya. En. Asben pula xhenti2 senyumannya.

Kini, usia kandungan baru 2 bulan. Masih di trimester pertama. Oh, mabuknya semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Lesunya badan terutamanya pada waktu malam. Maklum saja, mungkin letih bekerja siangnya. Bukan kerja yang meletihkan. Tapi lebih kepada perjalanan dr rumah ke pejabat yang sgt jauh saya rasakan.

Tapi itu tidak sedikit pun mengusik emosi saya. Terasa diri berteman. Ada ketika saya berbicara dengan si kecil ini. Entah dengar entah kan tidak. Haha! Begitu juga halnya dengan En. Asben, suka benar dia bersembang-sembang di perut saya yang belum besar mana.

Seperti yang dinasihat oleh insan-insan penyayang lagi prihatin di sekeliling saya, surah-surah terpilih Al-Qur'anul Karim disarankan agar dijadikan amalan. Antaranya:

1. Surah Maryam - agar mudah bersalin
2. Surah Luqman - agar anak yang lahir nanti jadi anak yang soleh
3. Surah Yusuf - agar baik akhlak dan parasnya
4. Surah At-Taubah - agar dipermudahkan urusan dan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu. Ini kerana, setiap kesakitan yang dilalui oleh ibu mengandung akan menggugurkan dosa-soanya yang lalu sehinggalah dia bersalin.
5. Surah Al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu
6. Surah Yassin - agar anak teguh hatinya dan tidak terpengaruh dengan maksiat

Ada seorang kawan berkongsi tips elak morning sickness iaitu amalkan baca ayat ke 19 surah Al- Waqi'ah. InsyaAllah..

Mohon kawan-kawan sudi doakan kesihatan saya dan kandungan berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Semoga semua mendapat barakah, mawaddah dan rahmah dariNya..Aminn..

Wassalam..

Friday, January 27, 2012

Detik Indah-indah

Hello...

Lama sungguh tiada update..saya sedikit sibuk beberapa bulan kebelakangan ini. Namun begitu, sempat lah juga saya merealisasikan impian mahu berbulan madu. A week before CNY!!Rate rendah uols!Walaupun usia mahligai kami sudah 1 tahun 2 bulan, itu tidak menjadi halangan langsung. Memang inilah yang kami tunggu-tunggu. Destinasi bulan madu kami ialah....taraaaa....Pulau Langkawiii!!!

Yesss!!

Alhamdulillah..semua yang dirancang berjalan lancar sedari awal. Saya memilih untuk menginap di Hotel Awana Porto Malai (menepati garis bajet yg ditetapkan - RM 187/night). Sangat berpatutan kan. Bilik kami menghadap laut..dengan balcony yg luas, pemandangan yang indah..angin menderu-deru..birunya air laut dan pulau2 kecil sekitarnya.. sy rasa agak berbaloi-baloi..plus, hidangan breakfast nye pun not bad!Saya ada hantar review ttg hotel ini di laman web Agoda - cekidout here.






Ekcelli, sy booking hotel ni melalui Agoda..Ini kali pertama saya membuat tempahan hotel. Alhamdulillah, semuanya ok. So, sy cadangkan uols gunakn Agoda..mudah, murah dan selamat (Tips- Agoda ada offer discount utk last minute booking tau..tapi utk hotel-hotel terpilih saja..nice kan)

Another tips, jangan lupa sewa kereta supaya mudah nak bergerak nak ke sana-sini. Teksi mahal oooo..

Selama 4D3N, anatara lokasi menarik yang kami kunjungi di Pulau Langkawi ialah:

Day 1

1. Pantai Chenang






2. Dinner @ Medan Selera Nelayan - Restoran makan Laut (di Jalan Bukit Malut)



Day 2

1. Island Hopping (RM 35/pax - ada gak RM 25 kat area Chenang)
~~~ Pulau Dayang Bunting - boleh pergi beriadah di Tasik Dayang Bunting. Naik sampan kayuh. Boleh mandi. Saya rendam kaki je..air sejukkk!BEST!






~~~ Pulau Singa Besar - kat sini boleh bagi Helang makan. Eagle feeding/ watching.


~~~Pulau Beras basah - Kat sini boleh mandi lauttt~..hehe..dah lama saya x mandi laut..kat sini, saya balas dendam mandi laut sampai lupa nak simpan handphone dalam beg. Mandi bersama handphone uols! Akibatnya, tersadailah die di kedai baik pulih handphone. 2 minggu.



2. Kota Makam Mahsuri (RM 5/pax)
~~ Kat sini ada open studio untuk lukis potret..RM19/pax only..murah kan!



3. Oriental Village



4. Telaga Harbour




5. Malam, we all pergi window shopping kat pekan Kuah untuk survey harga! And, we had our dinner at EE Trimula Burger (located @ right behind the Bella vista Hotel)..recommended to all! Ada local and western food..and happening too!!

Day 3

1. Langkawi Cable Car. (RM15/pax - Sila tunjukkan myKad sbb entrance fee utk foreigner lebih mahal)






2. Malam, we all shopping pinggan mangkuk dan periuk, red-coloured kettle yang comel,perfumess (rugi ooo x beli kat sini..way cheaper compared to KL),kain batik (oh, yg ni wajib sbb mak sudah pesan ok!) dan kain pelikat utk abah. Tak mungkin lupa ialah beli chocolates$!!hahaaa.


Tip shopping - bandingkan harga dulu. Sebab, ada barang yang sama beza harga sampai 2-3 ringgit..sampai RM15 pon ada!! So, better be careful.

Lokasi shopping kami, Haji Ismail Group, Langkawi Saga.

Day 4

1. Sambung shopping dan bersedia untuk pulang!!

We arrived Gombak @ 2.oo am. Alhamdulillah....

Semoga entri ini membantu uols yang nak ke Pulau Langkawi..

Happy holiday!!





Saturday, November 12, 2011

House of Nasi Kerabu : Sedap dan Terbaekkkk!!

N3 kali ni tentang tempat makan best yg sy kunjungi beberapa minggu lepas. Pada mulanya, kami tidak bercadang nak makan nasi kerabu pn..just pusing2 area Gombak Prima tu sbb kami memang tau ada byk gak restoran best2 kt situ. Antaranya; Rodeo Steak, Nasi Ayam Gemas, Ani Sup Utara, Ikan Bakar Sekinchan, Ayam Penyet ...(ape ntah nama kedai tu..x ingat daa, Ice Room, Tutti Frutti (baru bukak), dan banyak lagi..kedai pun cantik2 semua..
Masa kami pusing2 tu, tiba2 baru terperasan ada satu kedai yg nampak meriah dgn kehadiran ramainya pengunjung dan agak cantik juga..(definisi cantik bg saya di sini ialah susun atur meja/ bangku dan dekorasi dalaman serta kombinasi lampu yg menarik).

Owh...nama kedai itu ialah House of Nasi Kerabu..


Kebetulan ketika kami sampai tu, ngam2 lunch hour ari Ahad..ramai nyer lah orang dek non! Tapi betul2 kt sebelah tu kedai makan masakan indonesia. Kalau nk dibandingkan dekorasi kedua2 restoran ni, sama cantik (pd sy lah..) tp kedai tu lengang..cuma ada beberapa orang pekerja yg menanti pelanggan di hadapan kedai.

Terselit rasa syukur dan bangga juga sbb makanan tempatan tetap jadi pilihan rakyat Malaysia. Siapa yg kata market perniagaan makanan Malaysia ni dah dikuasai oleh makanan orang seberang mmg perlu buat kajian semula.

tengahari itu, sy dan suami memesan Nasi Kerabu Nara Istimewa..dgn tambahan solok lada..(sy baru tau sedapnyer solok lada pd hari tersebut!) ngeh ngeh ngeh.. Harga pun berpatutan...


Sy order air tembikai..slurppppp!!!


En. Asben order teh tarik..gulpppp!!


Tengok tu...sgt menyelerakan! Budu nye mmg terbaekkkkk!!



yummmyyy!!!!!!!!!! Jom makannnn!! Ngappppp!!


Last but not least, restoran ni mempunyai tahap kebersihan yang baik. nampak tak tu kt belakang ada signboard 'A'..jadi, xperlu ragu2 tentang itu ya!


Selamat menjamu selera..kalu mahu mencuba, ini alamatnya;


Till we meet again!InsyaAllah..

Saturday, October 8, 2011

Antara Maruah dan Amanah

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Beberapa minggu yg baru saja berlalu ini amat meletihkan. Sy bukan letih dgn bebanan kerja. Letih dengan kepalsuan dan sikap keji negatif manusia di sekeliling saya.

Makin kita baik, makin sedap mereka pijak2 kepala kita. Banyak tentang kita yang mereka x suka. Ohh, kau ingat kau bagus ker??? Huhhh, politik kotor ada di mana-mana! Hinggakan ada yang sanggup ketepikan maruah untuk dapatkan pengaruh dan kedudukan. Kesian betul. Zahirnya memang kau kelihatan selesa. Tapi, sy yakin, perbuatan pijak org lain untuk berada di atas tu akan jadi sebab kepada banyak kegagalan kau di masa hadapan.

Saya teringat kata-kata seorang teman di status fesbuknya yang berbunyi;

"..biar bertatih dengan kaki sendiri daripada bersayap emas milik orang lain..mendongak tidak sombong, mengalah tidak kalah!"


Saya sangat bersetuju dengan kata2 itu..saya lebih rela tersadong, tersembam dengan kaki sendiri drpd terbang tinggi ke langit dengan menggunakan org lain dan hidup senang di atas penderitaan dan penat lelah orang lain.

Bila berada di tengah-tengah, antara maruah dan amanah, sy sekali-kali takkan menggadaikan kedua-duanya. Jika terpaksa, saya rela menarik diri..berundur.

Mungkin ada yang lebih baik untuk saya di luar sana. Rezeki di tangan Allah. Cukup lah Allah sebagai Pelindungku.

Wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

Maafkan saya.

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini sy rasa diri sendiri terlalu beremosi. Sedih. Mudah saja air mata ini menitis laju-laju.

Tanpa sedar rupa-rupanya hati sang suami terluka oleh kata2 yg x sepatutnya diucapkan oleh seorang isteri. Sy rebah. Sy berteleku. Cuba menyelami dalam diri sendiri mencari semula jati diri yg dulu pernah bertapak kukuh dalam sanubari, mahu jadi isteri yang sentiasa membahagiakan suami. Ohh..betapa sy bukan saja telah mengingkari prinsip sendiri malah lebih teruk dr itu..

Jika redha Allah ke atas seorang wanita yang bergelar isteri harus didahului oleh redha suami, di mana lah saya tercampak andai suami enggan memaafkan. Duhai suami, ampuni lah isterimu ini. Sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri ini..

Mujur lekas hatimu lembut. Mujur iman mendasari pertimbangan. Kerana si syaitan laknatullah sentiasa bersegera membakar hati dengan amarah. Nauzubillah!

Kemaafan dendam yang terindah.

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 1432H

Salam 7 Syawal 1432H,

Seminggu sudah berhari raya..Aidilfitri kali ini memang berlainan sekali berbanding tahun sebelum2 nie..Riang ria raya 2011 saya bersama En. Asben dan keluarga mertua membawa saya ke negeri pantai timur, Terengganu. Sekian lama, saya hanya tahu raya di Tebuk Haji Dollah (kampung mak) atau di Gombak sahaja. Tak pernah terfikir pun suatu masa saya akan menyambut Syawal tanpa mak dan abah serta adik beradik. Ditakdirkan dengan izin Tuhan siapa sangka begini kesahnya.

Al-maklum saja lah...bila sudah berumahtangga, haruslah suami yg jadi keutamaan kan..Memandangkan ini tahun pertama, kami berbincang dan sepakat tahun pertama ni dimulakan raya bersama keluarga En. Asben. My Mom-in-law pulak nak balik beraya di kampung beliau di Jerteh. Saya ni jenis tak kisah..ape pon boleh! Walaupon hakikatnya saya sangat sedih berjauhan dari keluarga di hari raya!(sob..sob..sob!!menangis dalam hati..)

Namun begitu, tidak dinafikan saya enjoy raya di sana. Lebih-lebih lagi bersama En. Asben tersayang. Berganda2 seronok saya. Kami bertolak ke Batu Gajah (rumah mertua saya) pada hari Ahad bersama adik ipar saya, Na. Bertolak dari Gombak pukul 0400 pm. Perjalanan merentasi PLUS highway lancar dan selamat tiba di bandar metropolitan Batu Gajah jam 0725 pm. Sesampainya kami terus berbuka. Alhamdulillah.

Keesokan harinya, kami bertolak ke Jerteh jam 1200 tengahari. Melalui Lebuhraya Gerik. Menariknya perjalanan kami akan merentasi Tasik Banding. Cantik betul panorama di situ. Tapi kami terlepas susur ke kawasan riadah tasik tersebut.

Seterusnya, lagi keindahan alam kami saksikan di puncak Titiwangsa. Haa..di sini kami sempat berhenti seketika menikmati udara segar pergunungan banjaran tulang belakang semenanjung Malaysia nih.

En. Asben, saya dan my BIL. Thanks to my SIL for taking tis pic

Ahhaaa...lagi pose my BIL..jangan tak tau, si Aiman ni suka bergambar.. Jadi kami layankan aje..haa tengok tu,


ni lagi..



Dan ini pula Wa..my SIL..


Sejuknyer udara kat situ..kata puncak kan, tentu lah sejuk!

Malam raya pertama kami bakar sate di rumah Pak Muda,ngeh..ngeh..ngeh...


Antara indiividu lain yg berusaha keras memastikan semua dapat makan sate yang siap dibakar ialah....



Kesempatan cuti raya bukan semata-mata beraya saja. Sempat juga kami bersiar-siar selain kunjung mengunjung saudara mara. Haaa..mcm jalan-jalan bulan madu pula. Heheeee. Tapi itu saya ceritakan di entry berikutnya ya..
To be continued...

Friday, August 12, 2011

Ada kualiti ke??

12 Ramadhan 1432H.


Masa : 6.00 petang
Lokasi : Bazar Ramadhan di Malaysia


" Astagaa..kecur air liur aku nengok ice blended tu Usop!" kata Usin sambil matanya terjegil menyaksikan titisan-titisan kondensasi di cup yang tertera 'Ice Blended Yummy Strawberry'. Tangannya pantas menarik sahabat baik-sekepalanya bernama Usop. Usop pula leka memejam mata sambil menarik nafas dalam-dalam menikmati aroma ayam bakar madu Long Jenab.

"ish kau ni..cuba ko tarik nafas dalam-dalam macam aku buat ni," kata Usop. Usin pun lekas-lekas meniru gaya Usop.

"Walaweyh!!mesti sedap hingga menjilat jari ni. Gerangan apakah yang berbau sebegini hebat wahai Usop?" teriak Usin dengan nada riang tidak terbatas.

"Hahahahahaha" kedua mereka ketawa senang hati.

"Aku tak sabar ni nak sopping juadah berbuka untuk hari ini, Usop!"

"Aku pun sama!" Jawab Usop.

Maka berjalanlah mereka dari satu gerai ke satu gerai. Macam-macam jenis makanan dijual di situ. Yang manis ada. Yang pedas ada. Yang sejukkkk pun ada. Aisey, macam-macam ada! Meleleh-leleh lah air liur si dua sahabat ni. Selesai pusing satu bazar, masing-masing penuh dengan beg plastik di kedua-dua belah tangan. Shopping sakan youuu!

Alhamdulillah..kita sudah memasuki fasa pertengahan Ramadhan. Semoga ibadah puasa kita diterima olehNya..Ehhhh...kejap. Tapi berkualitikah puasa kita ni? Ermm... - suatu persoalan yang perlu difikirkan apakah kemungkinan jawapannya.

Usin dan Usop (bukan nama sebenar) di atas ni mungkin kebanyakan kita sebenarnya. Ghairah benar nak berbuka. Betol. Dua nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya yang berpuasa adalah berbuka dan beraya. Tapi, sebelum kita layak beroleh nikmat itu, ayuh sama-sama kita muhasabah diri. Adakah puasa kita benar-benar mencapai objektif puasa itu sendiri??

Ayuh kita bermuhasabah~